Ahad, 16 Oktober 2011

SURAH AN-NISA’ : 1


 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanyaAllah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

MUQADDIMAH

1-    Surah ini adalah surah yang paling banyak bercerita tentang wanita. Disamping surah at-Talaq adalah antara surah yang banyak juga cerita tentang perempuan.
2-   Surah An-Nisa’ di sebut juga “An-Nisa’ Kubra”. Surah at-Talaq itu disebut juga “An-nisa’ Sughra”.
3-   Surah ini banyak memfokuskan bicara tentang berlemah lembut (taatuf) dengan kanak-kanak dan perempuan, memberikan hak mereka dan menjaga harta-harta mereka.

{ ياأيها الناس اتقوا رَبَّكُمُ الذى خَلَقَكُمْ }

1-Dalam surah ini, banyak berbicara tentang suruhan bersuci, solat dan berperang. Ekoran itu, di awal surah Allah SWT menyuruh manusia bertaqwa kepada Allah SWT yang mencipta kamu, kerana tanpa perasaan taqwa, amalan2 ini sukar untuk dilakukan.
2-“Wahai Manusia”. Ada ulama kata, ayat ini diturunkan di Makkah. Tetapi, jumhur ulama usul fiqh menyatakan ayat ini ditujukan kepada semua manusia; sama ada kafir, atau mukmin; melayu atau cina, india, arab dll.
a.    Panggilan digunakan untuk menarik perhatian.
b.    Ini kerana, ayat ini Allah SWT guna kalimah “an-nas” itu dengan disertakan “alif” dan “lam” (makrifah). Ia memberi faedah “istighraq”.
c.    Sambungannya Allah SWT sebut “Tuhan kamu yang mencipta kamu”.
d.    Suruhan bertaqwa ini tidak dikhususkan kepada orang makkah sahaja, malahan semua manusia perlu taqwa kepada Allah SWT.
3-Allah SWT suruh kita bertaqwa, kemudian diikuti dengan menyebut bahawa kita diciptakan oleh Allah SWT.
a.    Ini kaedah ungkit balik kebaikan yang Allah lakukan, supaya manusia tidak ada hujjah untuk menolak untuk tidak menjadi taqwa.
b.    Allah SWT mencipta manusia itu, bukan dengan mewujudkan kita dari tiada kepada ada, tetapi mewujudkan dengan maksud, dari bodoh kepada pandai, dari tidak tahu kepada tahu, dari lemah kepada kuat, dari lapar kepada kenyang.
c.    Bila kita tengok bahawa manusia itu ada yang pelbagai warna kulit dan pelbagai bahasa, ini kita sudah Nampak keunikan. Bila Nampak unik, kita respek dengan pencipta. Seperti kita tengok ukiran kayu, atau lukisan yang unik, mesti kita merasa respek.
4-Allah SWT guna ayat “rabbana”, tidak guna “Ilah”. Kenapa? Sebab, Allah SWT hendak nyatakan bahawa dunia dan diri kita ini diciptakan oleh Allah SWT, ekoran itu mendatangkan “rububiyyah”, bukan “uluhiyyah”.
a.    Allah SWT selarikan sifat2nya yang bakal disebut dengan penggunaan kalimah.
5-Apabila kita tahu bahawa Allah SWT yang mencipta, kita mula merasa mengecilkan diri. Ekoran itu, timbul perasaan “ubudiyyah”, iaitu perhambaan diri kepada Allah SWT. Orang yang boleh taat perintah Allah SWT adalah orang yang ada perasaan Ubudiyyah. Ini cara Allah SWT mentarbiah jiwa manusia untuk manusia itu ada perasaan kehambaan diri kepada Allah.
a.    Cara mentarbiah ini, sama ada dengan cara tarbiah jiwa, atau mentarbiah jasmani. Tarbiah jiwa dengan menggunakan ilmu tasawwuf. Tarbiah jasmani dengan amalan-amalan badan, seperti solat, puasa dll.

{ خَلَقَكُمْ مّن نَّفْسٍ واحدة }

1-    Kita semua bermula dari Adam AS.
2-   Ibnu Abbas kata, dinamakan adam itu dengan nama adam, kerana adam itu berasal dari kalimah “Adim Al-Ard”, iaitu permukaan bumi, iaitu dari tanah merah, hitam, putih, kotor, bersih dll.
3-   Jadi, dalam kepelbagaian ini, kita tidak perlu merasakan kita mulia disebabkan bangsa atau kaum dan bangsa.
4-   Bila timbul perasaan kita dari satu adik beradik, maka tidak timbul lagi perasaan hendak hina menghina disebabkan berbeda bangsa, kerana menyakitkan hatinya sama seperti menyakitkan hati kita sendiri juga.

Sabda Nabi SAW;

فاطمة بضعة مني يؤذيني ما يؤذيها

5-   Ekorn itu, Islam cukup bencikan perkauman dan Assobiyyah.
6-   Ayat ini sebagai peringatan Allah kepada manusia bahawa manusia itu kena terima bahawa mereka akan dimatikan oleh Allah dan dibangkitkan di hadapan-Nya. Ini kerana, Allah SWT mampu untuk membiakkan manusia walhal mereka bermula dari sulbi yang satu. Kalau ini sudah mampu dilakukan oleh Allah, tidak pelik kalau Allah SWT hendak jadikan semua manusia itu mengadap di hadapan-Nya.

{ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا }

1-    Ada qiraat baca;

{ وَخَالَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا }
2-   Maksudnya adalah hawa, kerana hawa diciptakan dari Adam. Dalam perbincangan ini, ada dua perbahasan, iaitu;
a.    Hawa dari tulang rusuk kiri adam, iaitu ketika Adam sedang tidur..
Sabda Nabi SAW;

إن المرأة خلقت من ضلع أعوج فإن ذهبت تقيمها كسرتها وإن تركتها وفيها عوج استمتعت بها

b.    Ada ulama lain kata, maksud ayat ini adalah unsur hawa itu sama seperti adam, iaitu dari tanah.

{ وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء }

1- Makna “bassa” adalah, “intasyar”, iaitu tersebar.
2-Dalam ayat ini, Allah sebut lelaki yang banyak, tetapi tidak sebut perempuan yang banyak. Kenapa?
a.    Ada ulama kata, lelaki itu ghalibnya lebih kuat.

{ واتقوا الله الذى تَسَاءلُونَ بِهِ والأرحام

1-Ada baca, “tasa-alun”. Asal kalimahnya, “tatasa-alun”. Makna melayunya, kamu saling pohon memohon.

{ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا }

1-         Dalam satu hadis, Nabi Saw ada bersabda;

اعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه فإنه يراك

2-         Ayat ini dibaca oleh Nabi SAW ketika Nabi SAW sedang berkuliah, datang sebilangan orang miskin.