يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي
خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا
رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Hai
sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari
seorang diri, dan dari padanyaAllah menciptakan isterinya; dan dari pada
keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan
bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling
meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya
Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
MUQADDIMAH
1-
Surah ini
adalah surah yang paling banyak bercerita tentang wanita. Disamping surah
at-Talaq adalah antara surah yang banyak juga cerita tentang perempuan.
2-
Surah
An-Nisa’ di sebut juga “An-Nisa’ Kubra”. Surah at-Talaq itu disebut juga
“An-nisa’ Sughra”.
3-
Surah ini
banyak memfokuskan bicara tentang berlemah lembut (taatuf) dengan kanak-kanak
dan perempuan, memberikan hak mereka dan menjaga harta-harta mereka.
{ ياأيها الناس اتقوا رَبَّكُمُ
الذى خَلَقَكُمْ }
1-Dalam surah ini, banyak berbicara tentang suruhan
bersuci, solat dan berperang. Ekoran itu, di awal surah Allah SWT menyuruh
manusia bertaqwa kepada Allah SWT yang mencipta kamu, kerana tanpa perasaan
taqwa, amalan2 ini sukar untuk dilakukan.
2-“Wahai Manusia”. Ada ulama kata, ayat ini
diturunkan di Makkah. Tetapi, jumhur ulama usul fiqh menyatakan ayat ini
ditujukan kepada semua manusia; sama ada kafir, atau mukmin; melayu atau cina,
india, arab dll.
a.
Panggilan
digunakan untuk menarik perhatian.
b.
Ini
kerana, ayat ini Allah SWT guna kalimah “an-nas” itu dengan disertakan “alif”
dan “lam” (makrifah). Ia memberi faedah “istighraq”.
c.
Sambungannya
Allah SWT sebut “Tuhan kamu yang mencipta kamu”.
d.
Suruhan
bertaqwa ini tidak dikhususkan kepada orang makkah sahaja, malahan semua
manusia perlu taqwa kepada Allah SWT.
3-Allah SWT suruh kita bertaqwa, kemudian diikuti
dengan menyebut bahawa kita diciptakan oleh Allah SWT.
a.
Ini
kaedah ungkit balik kebaikan yang Allah lakukan, supaya manusia tidak ada
hujjah untuk menolak untuk tidak menjadi taqwa.
b.
Allah SWT
mencipta manusia itu, bukan dengan mewujudkan kita dari tiada kepada ada,
tetapi mewujudkan dengan maksud, dari bodoh kepada pandai, dari tidak tahu
kepada tahu, dari lemah kepada kuat, dari lapar kepada kenyang.
c.
Bila kita
tengok bahawa manusia itu ada yang pelbagai warna kulit dan pelbagai bahasa,
ini kita sudah Nampak keunikan. Bila Nampak unik, kita respek dengan pencipta.
Seperti kita tengok ukiran kayu, atau lukisan yang unik, mesti kita merasa
respek.
4-Allah SWT guna ayat “rabbana”, tidak guna “Ilah”.
Kenapa? Sebab, Allah SWT hendak nyatakan bahawa dunia dan diri kita ini
diciptakan oleh Allah SWT, ekoran itu mendatangkan “rububiyyah”, bukan
“uluhiyyah”.
a.
Allah SWT
selarikan sifat2nya yang bakal disebut dengan penggunaan kalimah.
5-Apabila kita tahu bahawa Allah SWT yang mencipta, kita
mula merasa mengecilkan diri. Ekoran itu, timbul perasaan “ubudiyyah”, iaitu
perhambaan diri kepada Allah SWT. Orang yang boleh taat perintah Allah SWT
adalah orang yang ada perasaan Ubudiyyah. Ini cara Allah SWT mentarbiah jiwa
manusia untuk manusia itu ada perasaan kehambaan diri kepada Allah.
a.
Cara
mentarbiah ini, sama ada dengan cara tarbiah jiwa, atau mentarbiah jasmani.
Tarbiah jiwa dengan menggunakan ilmu tasawwuf. Tarbiah jasmani dengan
amalan-amalan badan, seperti solat, puasa dll.
{ خَلَقَكُمْ مّن نَّفْسٍ واحدة }
1-
Kita
semua bermula dari Adam AS.
2-
Ibnu
Abbas kata, dinamakan adam itu dengan nama adam, kerana adam itu berasal dari
kalimah “Adim Al-Ard”, iaitu permukaan bumi, iaitu dari tanah merah, hitam,
putih, kotor, bersih dll.
3-
Jadi,
dalam kepelbagaian ini, kita tidak perlu merasakan kita mulia disebabkan bangsa
atau kaum dan bangsa.
4-
Bila
timbul perasaan kita dari satu adik beradik, maka tidak timbul lagi perasaan
hendak hina menghina disebabkan berbeda bangsa, kerana menyakitkan hatinya sama
seperti menyakitkan hati kita sendiri juga.
Sabda
Nabi SAW;
فاطمة بضعة مني يؤذيني ما يؤذيها
5-
Ekorn
itu, Islam cukup bencikan perkauman dan Assobiyyah.
6-
Ayat ini
sebagai peringatan Allah kepada manusia bahawa manusia itu kena terima bahawa
mereka akan dimatikan oleh Allah dan dibangkitkan di hadapan-Nya. Ini kerana,
Allah SWT mampu untuk membiakkan manusia walhal mereka bermula dari sulbi yang
satu. Kalau ini sudah mampu dilakukan oleh Allah, tidak pelik kalau Allah SWT
hendak jadikan semua manusia itu mengadap di hadapan-Nya.
{ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا }
1-
Ada
qiraat baca;
{ وَخَالَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا
وَبَثَّ مِنْهُمَا }
2-
Maksudnya
adalah hawa, kerana hawa diciptakan dari Adam. Dalam perbincangan ini, ada dua
perbahasan, iaitu;
a.
Hawa dari
tulang rusuk kiri adam, iaitu ketika Adam sedang tidur..
Sabda
Nabi SAW;
إن المرأة خلقت من ضلع أعوج فإن ذهبت تقيمها كسرتها وإن
تركتها وفيها عوج استمتعت بها
b.
Ada ulama
lain kata, maksud ayat ini adalah unsur hawa itu sama seperti adam, iaitu dari
tanah.
{ وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً
كَثِيراً وَنِسَاء }
1- Makna “bassa” adalah, “intasyar”, iaitu tersebar.
2-Dalam ayat ini, Allah sebut lelaki yang banyak,
tetapi tidak sebut perempuan yang banyak. Kenapa?
a.
Ada ulama
kata, lelaki itu ghalibnya lebih kuat.
{ واتقوا الله الذى تَسَاءلُونَ
بِهِ والأرحام
1-Ada baca,
“tasa-alun”. Asal kalimahnya, “tatasa-alun”. Makna melayunya, kamu saling pohon
memohon.
{ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا }
1-
Dalam
satu hadis, Nabi Saw ada bersabda;
اعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه فإنه يراك
2-
Ayat
ini dibaca oleh Nabi SAW ketika Nabi SAW sedang berkuliah, datang sebilangan
orang miskin.