Ahad, 27 Mei 2012

MIMPI ITU


Dia datang menyatakan kerinduan. Amat berat mengambil keputusan berpisah. Sukar untuk dia membuat keputusan. Tidak tahu ke kanan atau ke kiri.

Dilemanya tersangat kaku. Sukar untuk menyatakan “Ya” atau “tidak”. Namun, perasaan kesiannya setara dengan perasaan sayang dan rindu. Dia ambil keputusan untuk melepaskan rindu, mengenangkan kesian.

Di kala itu, ada pula orang lain datang melamar. Bukan orang baru, tetapi sudah lama datang. Namun, hatinya terhadap orang itu tidak lebih sekadar merasakan kesian sahaja, jauh sekali perasaan kasih dan sayang. Bertambah jauh  menetapkan perasaan rindu.

Fikirannya bergolak. Hatinya berkecamuk. Matanya terasa hendak mentitiskan air, tetapi dia tetap memujuk agar tidak, malahan bergenang sekalipun. Namun, sebak tetap berlaku. Dia memegang dadanya, matanya melihat ke langit yang terbentang luas. Hatinya mengharapkan pertolongan dari ilahi.

“Ya Allah, tolong lupakan aku…. Er.. er… er” tidak sanggup dia habiskan doa itu. Ini kerana, hatinya mahu menyebut, “Ya Allah, tolong buka hatinya supaya membenarkan cintaku dengan kekasihnya. Aku mahu berkasih dengan kekasihnya, juga mahu berkasih dengannya”.

Dia keberatan. Makanya dia mencipta berbagai alasan. Alasan itu tidak benar sama sekali, malahan dapat kelihatan tidak logiknya alasan itu.


“saya nak masuk PLKN”, ucapan terpancul sepatah dihadapan kekasih. Semasa ucapan itu diucapkan, hatinya mengharapkan orang lain yang melamar itu dapat semakin berjauhan diri darinya. Dan dalam jangka masa di PLKN itu, kekasih kepada kekasihnya itu sempat dibukakan hatinya oleh tuhan.

Sebenarnya, alasan PLKN itu tidak masuk akal. Kerana, umurnya melepasi setahap pelajar Universiti. Malahan dia sedang menunggu masa untuk ditetapkan bagi tempatnya bekerja.

Dia mahu berlalu pergi, tapi keberatan. Dia berpaling sekali lagi, melihat wajah si kekasih. Tanpa disangka, dia datang dan mencium pipi sang kekasih dan terus berlari meninggalkan pergi dengan penuh keberatan tetapi penuh dengan kesedihan.

Lalu… er…. “la, rupa-rupanya aku bermimpi… hampeh betul”… kisah mimpi ketika tidur dalam kereta…

Sekian







Tiada ulasan:

Catat Ulasan